Thursday

PROJEK RUMAH BURUNG WALET DI DARO MUKAH

satu lagi projek rumah burung walet di daro mukah, keluasan rumah burung adalah 72 kaki x 24 kaki satu tingkat. anggaran kos projek rm85,000.00 .


Kawasan yang dipilih ternyata sesuai kerana telah diuji menggunakan mp3 suara burung walet luar dan dalam. maksudnya dah ada burung yan g keluar dan masuk dari rumah burung walet untuk ujikaji, dan dah ada sarang.

Rumah Burung Walet
ukuran
70 kaki X 40 kaki
1 tingkat



akhirnya siap rumah walet......kongsi.... banyaknya burung datang....suara AAA


setelah siap rumah walet.....lokasi memang betul betul di kawasan zon perang walet.



Monday

PERUSAHAAN BURUNG WALET SARAWAK

Sarawak merupakan satu negeri yang kaya dengan khazanah semulajadi yang mana apabila di usahakan mampu mencetus ekonomi yang berdaya tinggi, dan apabila diuruskan secara mampan mampu meletakkan sarawak sebagai sebuah negeri yang berkebolehan bukan sahaja dari segi nilai ekonomi malah dari nilai alam sekitar.

Penduduk sarawak seharusnya bersyukur kerana kita dilahirkan di negeri sarawak, banyak sumber ekonomi yang boleh diusahakan oleh penduduk pribumi disini....malah amat jarang kita dengar penduduk sarawak kebuluran apatah lagi keluar di kaca tv yang memaklumkan rakyat pribumi di negeri sarawak kebuluran. Terima kasih pemimpin sarawak.

Sejak akhir akhir ini kawasan di sarawak terutamanya di kawasan bau,kota samarahan,asajaya, mukah,matu daro, pulau bruit, sibu, miri,bintulu dan limbang telah menjadi tumpuan pengusaha pengusaha burung burung walet atau swiftlet, kerana kawasan ini merupakan laluan utama burung burung wale / swiftlet. Dengan keadaan tanah yang luas,berhampiran dengan ladang kelapa sawit,sungai, tanah yang mempunyai tittle pertanian telah merancakkan lagi indsutri di kawasan sarawak. Ini secara tidak langsung boleh menambahkan pendapatan perkapita rakyat di negeri sarawak.

Dengan nilai harga 1kg sarang burung walet yang bernilai beribu ribu ringgit telah meletakkan rakyat di negeri ini berlumba lumba untuk membuat rumah burung burung walet. Tidak kurang juga ada juga bahagian bahagian di kawasan sarawak di kawal oleh gengster-gengster yang kurang ajar dan sekiranya ada penduduk pribumi yang ingin membuat rumah walet sampai para gengster ini menyuruh merobohkan rumah burung walet tersebut, dan tak kurang juga ada penduduk pribumi menjual tanah mereka kepada pengusaha burung walet semata mata untuk mendapat keuntungan yang lebih dan cepat...ini saya akan ulaskan pada tajuk lain.

Bagi pengusaha-pengusaha burung walet yang berstatus pribumi / bumiputera.....adalah menjadi harapan yang mengunung supaya pihak- pihak berkuasa yang berkaitan membantu pengusaha-pengusaha burung walet yang kecil.......samada melalui seminar/kursus dan juga tidak meletakkan syarat syarat pembinaan yang terlalu berat hingga menyebabkan IKS(pengusaha burung walet kecilan) berputus asa......