Showing posts with label swiftlet. Show all posts
Showing posts with label swiftlet. Show all posts

Sunday

Check lokasi burung walet

Terbaik, banyak burung walet / swiftlet yang datang , ini menandakan lokasi ini mempunyai potensi yang besar untuk di bangunkan Rumah Burung Walet. Dari test lokasi lah kita akan mengetahui arah lubang masuk burung akan di bina.


Harga terkini sarang burung walet di sarawak

hasil tuaian sarang walet terkini... ...

Thursday

TANAH TITTLE PERTANIAN UNTUK DISEWA BAGI INDUSTRI WALET

Tanah untuk disewa terletak di kawasan Daro, Mukah. mempunyai jalan masuk dari jalanraya besar(lebih kurang 1km). kategori tanah merupakan tanah pertanian. luas tanah untuk disewa bagi industri walet 2.5 hektar. jumlah sewa untuk tapak bangunan walet bagi 1/4 ekar ialah RM700/bulan. Tanah tersebut baru diperbaharui pada tahun 2009 dan akan tamat pada 2069.

LOKASI
1 km dari jalan utama, dan ada jalan masuk dan boleh dimasuki lori dan kenderaan berat.

Daro , mukah merupakan kawasan yang paling sesuai untuk ternakan burung walet, merupakan laluan utama burung walet dan terdapat banyak burung walet dikawasan ini.Tanah tersebut terletak bersebelahan dengan ladang kelapa sawit(banyak serangga utk makanan walet) dan terletak lebih kurang 10km dari kawasan penduduk kampung.


Sekiranya tuan puan berminat untuk membuat rumah walet di atas tanah dan setuju dengan share penggunaan tanah , tuan puan juga boleh menghubungi saya.

mr yus
011 10050045

Tuesday

Rumah burung walet jenis Asbestos

Tentu anda tercari cari rumah burung walet atau swiftlet yang murah dan berbaloi untuk anda.

Dimana saja anda berada tentu anda telah melihat jenis dan bentuk rumah vurung walet.

Adakah anda pernah melihat rumah burung walet jenis Asbestos?.....ya......ia terletak di kawasan saya di Daro, Mukah Sarawak. tentu lah ia milik penduduk kampung.......berbaloi ke? memang berbaloi....rumah ni pun burung walet masuk, bersarang, tidur dan bertelur.......dan harga rumah murah...... kenapa burung walet masuk juga ke rumah jenis ni......???? itulah rezeki nama nya.

Setiap yang membina rbw memang hendakkan rbw nya di masuki burung walet. 

SUARA PANGGIL LANGIT KEJORA DAN SUARA INAP LANGIT KEJORA

HARGA RM200 ( SUARA PANGGIL  DAN SUARA INAP)

Suara Panggil dan Suara Inap merupakan suara yang telah dijamin kualitinya. Hasil dari pengalaman dan penggunaan suara burung walet ini maka telah terbukti, dan menghasilkan sarang walet. boleh hubungi 013849242



TERBUKTI

Terdapat 2 jenis suara burung walet yang ditawarkan.
- suara inap Langit Kejora
- suara panggil Langit Kejora

harga yang ditawarkan ialah RM200 untuk kedua dua suara burung walet ini, akan disediakan dalam pendrive dan akan dipos kepada anda setelah pembayaran disahkan.

Monday

PERUSAHAAN BURUNG WALET SARAWAK

Sarawak merupakan satu negeri yang kaya dengan khazanah semulajadi yang mana apabila di usahakan mampu mencetus ekonomi yang berdaya tinggi, dan apabila diuruskan secara mampan mampu meletakkan sarawak sebagai sebuah negeri yang berkebolehan bukan sahaja dari segi nilai ekonomi malah dari nilai alam sekitar.

Penduduk sarawak seharusnya bersyukur kerana kita dilahirkan di negeri sarawak, banyak sumber ekonomi yang boleh diusahakan oleh penduduk pribumi disini....malah amat jarang kita dengar penduduk sarawak kebuluran apatah lagi keluar di kaca tv yang memaklumkan rakyat pribumi di negeri sarawak kebuluran. Terima kasih pemimpin sarawak.

Sejak akhir akhir ini kawasan di sarawak terutamanya di kawasan bau,kota samarahan,asajaya, mukah,matu daro, pulau bruit, sibu, miri,bintulu dan limbang telah menjadi tumpuan pengusaha pengusaha burung burung walet atau swiftlet, kerana kawasan ini merupakan laluan utama burung burung wale / swiftlet. Dengan keadaan tanah yang luas,berhampiran dengan ladang kelapa sawit,sungai, tanah yang mempunyai tittle pertanian telah merancakkan lagi indsutri di kawasan sarawak. Ini secara tidak langsung boleh menambahkan pendapatan perkapita rakyat di negeri sarawak.

Dengan nilai harga 1kg sarang burung walet yang bernilai beribu ribu ringgit telah meletakkan rakyat di negeri ini berlumba lumba untuk membuat rumah burung burung walet. Tidak kurang juga ada juga bahagian bahagian di kawasan sarawak di kawal oleh gengster-gengster yang kurang ajar dan sekiranya ada penduduk pribumi yang ingin membuat rumah walet sampai para gengster ini menyuruh merobohkan rumah burung walet tersebut, dan tak kurang juga ada penduduk pribumi menjual tanah mereka kepada pengusaha burung walet semata mata untuk mendapat keuntungan yang lebih dan cepat...ini saya akan ulaskan pada tajuk lain.

Bagi pengusaha-pengusaha burung walet yang berstatus pribumi / bumiputera.....adalah menjadi harapan yang mengunung supaya pihak- pihak berkuasa yang berkaitan membantu pengusaha-pengusaha burung walet yang kecil.......samada melalui seminar/kursus dan juga tidak meletakkan syarat syarat pembinaan yang terlalu berat hingga menyebabkan IKS(pengusaha burung walet kecilan) berputus asa......